bisikan jiwaku
Ruang Berkarya itu Luas. Idea dan kata-kata itu ada masanya singgah, ada masa ia tertangguh.
Monday, 8 August 2016
gila
Tuesday, 5 April 2016
Leka
Thursday, 27 February 2014
Bising
Bising dunia kecil ni
Antara dua aliran berbeza
Yang lama menilai yang baru
Yang baru ada buat tidak tahu.
Bagiku
Dunia ini masih kecil.
Jangan diperkecil-kecilkan
Gerak mungkin berbeza
Tapi kan itu bisikan jiwa.
Melihat dan dilihat.
Bobcincinsuasa
Sunday, 4 August 2013
Asap asap kekaburan
Asap asap kekaburan
semakin menajam
Menusuk rongga terbuka ku
Makin kelam pandanganku
Makin suram ruang lingkupku
Asap asap kekaburan penuh dusta
Menginjak kebenaran Melangkau haq dan keadilan
Lalu cuba menanam Pohon kebatilan
Ditengah tengah jalan kehidupan
Asap asap kekaburan penuh keriangan
Dunia ditabur dengan gula kapas pembohongan
Dijilat -jilat manusia tanpa bertanya Mana asalnya
Jika ditanya mungkin jawab si dajjal dari syurga
Tapi sebenarnya neraka.
Bobcincinsuasa
4 ogos 2013
Bilik penuh puisi
Thursday, 18 July 2013
monolog jiwa dan raga
terbentukkah diri?
mendaki bukit tinggi
bertambah tinggikah
pandangan hati?
melukakan hati mereka
adakah diri bahagia?
menjauhkan diri dari semua
adakah sedia pada sepi sentiasa?
melagakan manusia
adakah akan ramai kawan sejiwa?
melakukan dosa tanpa rasa bersalah
adakah lupa syurga neraka?
menongkah arus yang ada
adakah tanda kita betul semua?
menulis menasihat insan yang lupa
adakah kita juga terasa?
bobcincinsuasa
keputusanku
kata putus yang dinyatakan
diterjemah pada perlakuan
aku tidak bisa lagi berpaling
aku perlu membasuh semua dosa
mengikis semua daki dusta
dan bangun pada kota kata.
aku sudah nampak peritnya
aku dah nampak kesannya
tapi jika aku terus berpusing kata
semua akan jadi sama
dan tertanya aku pada aku
apa nilainya aku?
lalu ini keputusanku.
bobcincinsuasa
Saturday, 11 May 2013
Izinkan aku...
Maaf jika keterlaluan menyatakan ini.
Dimana satu madah yang mungkin memukul jiwa mu.
Tapi niat hati hanya ingin mencari dimanakah ruang kesepian dihati kecil itu yang mampu ku masuki.
Sudut sukar yang tidak pernah disinggahi insan lain sebelum diriku.
Tertanya aku,
adakah nanti jika kau ketahui dirimu akan mengerti?
Jika tidak aku mati,
jika ya aku gembira sendiri. ......
Aku hanya ingin nyatakan,aku ingin isi sepi diri mu.
Biar terukir senyummu...:-)
Bobcincinsuasa +deanna