Thursday, 6 December 2012

Bukan sekadar cerekarama

Tidak mudah...
 Bukan madah pujangga
 Bukan bicara
 Tidak juga hanya senang
 Mereka pandai
 bila melihat Bukan
 Mereka pandai mencerca
Bila tidak kena pada
 Tapi hanya melihat tanpa buat apa-apa
 Jangan berduka wahai pejuang agama
 Hanya satu fikirmu Utuhkan
 Luruskan
 Bidadari syurga menunggu hadirmu sentiasa.

Bobcincinsuasa.

Tuesday, 20 November 2012

Kerusi reput

Kerusi reput di rumah usang
Berlumut di tepi pintu.
Kakinya tempang

Kerusi reput di tinggal orang
Dimakan anai-anai
Terbiar seorang

Kerusi reput ingin dibuang
Menyemak pulak kata orang
Tapi tengok ia asyik terkenang
yang baru disemadikan semalam

Tidak mahu dialih bukannya sayang
Tapi
Terkenang tuannya slalu duduk
Termenung seorang
Menanti yang tersayang
Tak datang-datang.

Bobcincinsuasa

Kesialan.

Secawan darah
Dihirup sambil senyum
Segelas nanah
Diteguk penuh suka
Semangkuk maruah
Ditelan dengan gelojoh
Ditengking
Memandang lalu berkata
Aku mempertahankan diri.
Celaka!

Bobcincinsuasa

Monday, 19 November 2012

M.E.M.A.L.I

M
Majulah pewaris perjuanganmu

E
Engkau tidak terlepas wahai penzalim

M
Mahsyar hisabnya jika dunia kau tidak dibalas

A
Akan terus membara satu kalimah

L
Laungannya akan bergema satu semesta

I
Ia adalah hanya kalimah LAILAHAILALLAH!

Memali...kau saksi pada para penumpang perjuangan. JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN JIKA TAKUT SELAIN DARI ALLAH DAN TIDAK MAHU HADAPI RINTANGAN!.

Bobcincinsuasa

Kotak hitam

Kotak terisi jiwa
Boleh juga ia berbicara
Menyapa dan menengking
Berbual dan berkongsi
Ketawa dan berduka bersama

Sebuah kotak hitam
Menjadi teman berbicara
Gagah mendengar luahan rasa
Kata bicara seorang yang sunyi
Hingga dari masam ke tersenyum riang..

Aku sunyi... Izinkan aku miliki kotak hitam itu satu!

Bobcincinsuasa

Friday, 16 November 2012

bateri energizer


bateri energizer,
beli
koyakkan bungkusan
guna!
guna!
guna!
guna!
guna!
guna!
guna!
guna!
guna!
guna!
guna!
habis...
buang.

nyawa?
tidak boleh dicas
walau kau rasa kau hebat.
hanya sampai masa
kau akan dibungkus
ditimbus...
tamat cerita dunia
bermula cerita neraka atau syurga.

bobcincinsuasa

Suka hati aku lah.

Suka hati aku lah
Bukan untuk apa pun
Hanya diri aku dan dia
Tiada kena mengena dengan dirimu
Aku tidak ada apa kene mengena dengan kau!

Aku nak doa atau tidak
Suka hati aku lah...
Kau terseksa?
Sebab bangsa kau yang tidak pandai
Akhirnya bila terkena
Kau mintak aku doakan.

Argh... Aku nak sambung tidur!

....

Jika itu fikir mu..
Hanya satu ku katakan...
Semoga kau mampu bangun esok pagi
Sedar dari tidur...
Dan faham... Palestin dan kita bersaudara...
Dan saudara seislam tidak bersempadan!

Bobcincinsuasa.

Thursday, 15 November 2012

Mereka berkumpul

Ingin ku bertanya
Apa mimpimu malam semalam?
Apa racau dalam tidurmu?
Apa mamaimu di pagi hari tadi?
Apa inspirasimu?
Dakwah mana yang mengusikmu?
Siapa yang dikau ikuti?

Hingga...

Kalian berkumpul hari ini...
Menunggu detik laungan di jeritkan
Lupakan apa orang lain berkata!
Apa yang kalian buat tidak bermakna?
Persetankan mereka semua.
Yang mampu menulis terus menulis.
Yang mampu belajar terus berlajar. Yang mampu mengajar teruskan mengajar!
Semua jalanakan apa yang kalian mampu!
Ini bicara Allah untuk kita
Yang mampu mengkritik dan lena di tilam empukmu,semoga kalian mampu menekan butang tv dan mendengar derita mereka dengan hati yang marah. Cukup! Kalian buat semampumu!

Teruskan berjalan yang berkumpul...
Mimpiku! Syurga!
Racau ku! Ummah!
Mamaiku ! Takbir yang bergema!

Semoga semuanya kerana ALLAH!

BONCINCINSUASA.

Dedikasi untuk yang berkumpul di masjid membantah kekejaman regim zionis... Semoga Allah jaga setiap gerakmu... Amin...

Warna

Warna itu banyak bicara
Menyingkap banyak soal
Menyentuh banyak jiwa
Menyelongkar maksud rasa

Tapi ada masa
Warna wujudkan kasta
Aku punya kuning
Kau ada apa?

Diam. Ya aku hanya hamba
Bukan padamu  tapi padaNya.

Bobcincinsuasa


Gelap.

Kegelapan itu ketakutan
Ia juga mencetus kegusaran
Tepu dan sebu
Hingga terus kaku.

Gelap hati?
Mati.

membina legasi


membina legasi perlukan langkah pertama
bertemu dengan yang punya mimpi yang sama
berbincang dengan bahasa cita yang sama
berhujah mencari titik sama
jika jumpa, senyum sahaja
kerana perjalanan akan bermula.
bungkuskan pakainan mu, sinsingkan lengan bajumu
ikat tali kasutmu,
sediakan tuala untuk peluhmu
mari kita membina legasi.
semoga jalan ini diberkati
amin.


puisi ini terbisik di jiwa selepas menghadiri TRAINING THE THE TRAINER (TRAINING EKOLOGY) bersama Tuan Fazrul Ismail 12/11/12.

bobcincinsuasa

Mana?



memunggah isi hati hingga selerak semuanya
dicampak ke sana dan kesini
tiada berjumpa...mana?
mencangkul lagi dan mengorek setiap inci... mana?
kenapa tidak ketemu?
aku lesu...
aku diam, dengar degupan jantung ku
tutup mata, ku rasakan...
ya ku rasakannya.
walau ku tidak mampu melihat
tapi ku mampu merasa
rasa...
rasa...
rasa...


cinta ini.

bobcincinsuasa

tiket syurga dari langit


GAZA dilimpahi tiket2 syahid dari langit
mereka sedang mengisi borang permohonan
mereka sedang beratur menunggu untuk diluluskan
bidadari syurga sedang memperkemaskan istana
para malaikat sedang bersedia menyambut tetamu istimewa

tapi kita
hanya sudi mengisi borang subsidi pemerintah
lalu diam, kembali tekun melihat tv3
atau mungkin sudah sedikit berhijrah kusyuk di tv al hijrah
diam... dan kembali hidup seperti biasa.

bobcincinsuasa

dum disini! dum disana!


Disini...

Dum...
Berpusing ke kiri
Dum... 
Bergolek ke kanan
Dum...
Tutup telinga dengan bantal
Dum..dam...dum...dam
Tidur lena sahaja.

Tapi disana...
Dum dam dum dam...
Tidak mampu tidur
Kerna itu bukan mercun
Tapi tanda tiket syurga sudah hampir di bumbung rumah.
Terus mereka bersiap siaga.
Tak sabar syahid
Berjumpa bidadari syurga.

Kembali ke sini

Ku tepuk bantal...
Betulkan baring...
Tutup mata.
Bukak semula.
Hanya puisi mengusik jiwa
Untuk mereka yg sudi membaca
Lalu tersedar dan sudi bertanya...
Adakah celik kita ini,
Doa dititip untuk mereka di palestin sana...?

Semoga ada...:-)

Bobcincinsuasa